Tuesday 3 May 2011

Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Bila dah pegi Bukit Belachan, terasa nak pegi FRIM plak. Terus la kitorang pegi FRIM hari Isnin (2/5/2011). Sebenarnya tujuan saya pegi FRIM ni sebab nak naik Canopy Walk dia..ataupun jambatan gantung yang dihubungkan dari pokok ke pokok yang setinggi beratus-ratus kaki dari tanah..tapi malangnya, canopy walk tu tutup plak untuk maintenance..huh kecewa habis..tapi seronok gak la pegi sini, jungle tracking la kejap semata-mata nak pegi kat canopy walk tu..macam daki gunung ledang pun ada..ramai gal la orang yang jogging and walking kat situ untuk keluarkan peluh..pastu kitorang pegi kat waterfall dalam FRIM tu, x sangka plak ada waterfall dalam FRIM..Bayaran masuk ke situ RM 6 untuk satu kereta..dan lagi satu pak guard kat pintu masuk tu charge lagi RM 5 sebab dia nampak kitorang ada bawak camera..haha..kalau tau awal-awal lagi kitorang dah sorok..


                                           Jalan masuk untuk ke Canopy Walk





                                                        Penat hoo..


Baru la kitorang tau rupanya hutan FRIM ni  bukannnya hutan semulajadi..ia adalah hutan tanaman semula pada tahun 1970an..sebelum tu ia adalah ladang getah dan didiami oleh orang asli suku Temuan sejak tahun 1920an.



Canopy Walk yang ditutup (bila check kat website FRIM, rupanya mmg tutup start bulan May 2011 untuk penyelenggaraan.


No comments:

Post a Comment