Bila dah pegi Bukit Belachan, terasa nak pegi FRIM plak. Terus la kitorang pegi FRIM hari Isnin (2/5/2011). Sebenarnya tujuan saya pegi FRIM ni sebab nak naik Canopy Walk dia..ataupun jambatan gantung yang dihubungkan dari pokok ke pokok yang setinggi beratus-ratus kaki dari tanah..tapi malangnya, canopy walk tu tutup plak untuk maintenance..huh kecewa habis..tapi seronok gak la pegi sini, jungle tracking la kejap semata-mata nak pegi kat canopy walk tu..macam daki gunung ledang pun ada..ramai gal la orang yang jogging and walking kat situ untuk keluarkan peluh..pastu kitorang pegi kat waterfall dalam FRIM tu, x sangka plak ada waterfall dalam FRIM..Bayaran masuk ke situ RM 6 untuk satu kereta..dan lagi satu pak guard kat pintu masuk tu charge lagi RM 5 sebab dia nampak kitorang ada bawak camera..haha..kalau tau awal-awal lagi kitorang dah sorok..
Jalan masuk untuk ke Canopy Walk
Penat hoo..
Baru la kitorang tau rupanya hutan FRIM ni bukannnya hutan semulajadi..ia adalah hutan tanaman semula pada tahun 1970an..sebelum tu ia adalah ladang getah dan didiami oleh orang asli suku Temuan sejak tahun 1920an.
Canopy Walk yang ditutup (bila check kat website FRIM, rupanya mmg tutup start bulan May 2011 untuk penyelenggaraan.
Tuesday, 3 May 2011
Hutan Lipur Ampang (Bukit Belachan)
Pada hari Sabtu (2/5/11) yang lepas, saya dan my beloved fiance (dada) telah berkunjung ke Hutan Lipur Ampang (formerly known as Bukit Belachan). Masa kecik-kecik dulu selalu la dtg sini, konvoi naik basikal ramai2 dgn kawan-kawan. Banyak jugak perubahan yang dah dibuat kat situ, dah jadi lebih bersih, air sungai pun nampak lebih jernih berbanding dulu. Tempat ni sesuai untuk aktiviti riadah, kalau bawak basikal lagi menarik sebab kereta x dibenarkan masuk, boleh masuk sampai tempat parking je. Lepas tu kena lah menapak sikit. Bayaran masuk hanya RM 1 seorang untuk dewasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)